Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta merta.<br />Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di Bangunan Tun Hussein Onn pada Selasa.<br />Dalam pada itu, sumber turut memaklumkan Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan akan dilantik sebagai Setiausaha Agung BN menggantikan Annuar.